fb fb fb fb fb

Sindiket samun, pecah rumah tumpas

Sindiket samun, pecah rumah tumpas.

GEORGE TOWN, 8 Mei - Polis berjaya menumpaskan sindiket yang terlibat dalam aktiviti samun dan pecah rumah dengan penahanan empat individu di daerah Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu di Kedah dan Parit Buntar di Perak.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek warga tempatan yang berusia antara 23 hingga 34 tahun itu mempunyai rekod lampau dalam kes dadah dan jenayah.

Dalam operasi itu juga, pihak polis turut merampas empat buah telefon bimbit, sebuah televisyen dan empat buat kenderaan pelbagai jenis.

Ke semua tahanan kini direman tujuh hari bermula hari ini, bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

MOHAN CHINNASAMY