fb fb fb fb fb

Polis rampas dadah bernilai RM4.6 juta di Manjung

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin (dua, kiri) menunjukkan dadah jenis ganja yang dirampas, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.- Foto BERNAMA

IPOH, 8 Mei - Polis menahan empat individu, termasuk sepasang kekasih, dalam serbuan di daerah Manjung dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 44 kilogram (kg) bernilai RM4.6 juta.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata pihaknya menahan pasangan penganggur, lelaki berusia 28 tahun dan kekasihnya berusia 24 tahun, di sebuah rumah di Simpang Tiga, Sitiawan pada pukul 7.30 malam, Isnin lalu.

“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut, pihak polis menemui dan merampas serbuk dipercayai dadah jenis MDMA atau Ecstasy seberat 15.34 kg. Peralatan yang
dipercayai digunakan untuk membungkus dadah turut dirampas.”

Polis turut menahan seorang lelaki berusia 50 tahun di pangsapuri Taman Sejati, Sitiawan pada hari yang sama dan merampas dadah ketamin serta Eramin 5 seberat 127 gram.

Sindiket tersebut dipercayai aktif sejak Mac lalu dan dadah yang dirampas untuk kegunaan lebih 90,000 penagih di sekitar Perak.

Kesemua suspek direman seminggu mulai Selasa lalu hingga 12 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN