fb fb fb fb fb

Sindiket penyeludupan vape dan ganja bernilai lebih RM12 juta tumpas di Perlis

Antara barangan dirampas yang dirampas. Foto Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis

PADANG BESAR, 19 September - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup peranti vape dan ganja dalam dua operasi melibatkan rampasan bernilai RM 12.476 juta pada Ogos lalu.

Pengarah JKDM Perlis, Ismail Hashim berkata, lebih 517,000 peranti vape yang dirampas diperayai diimport dari China dan untuk pasaran Thailand.

Jelasnya, kes berkenaan adalah yang ketiga melibatkan cubaan penyeludupan peranti vape ke Thailand sepanjang tahun ini.

"Pihak terlibat gagal megemukakan dokumen pengimportan dan bukti pembayaran cukai. Hasil sitaan melibatkan 517,354 unit vape," katanya dalam sidang media di sini.

Dalam pada itu, Ismail percaya, pengharaman jualan vape di Thailand telah menjadikan produk berkenaan mendapat permintaan tinggi di pasaran gelap.

Sementara itu, mengulas mengenai operasi rampasan ganja, JKDM perlis katanya berjaya mematahkan cubaan menyeludup 28 kilogram bahan terlarang itu dalam operasi di pesisir pantai Sungai Padang, Simpang Empat, Perlis baru-baru ini.

Anggaran nilai ganja mampat berkenaan lebih RM86,000.

JALALUDDIN BIN BAHARIN