fb fb fb fb fb

Sindiket dadah tumpas, tiga lelaki tempatan ditahan

Pemangku Ketua Polis Perak, DCP Zulkafli Sariaat / Foto RTM

IPOH, 11 November - Sindiket pengedaran dadah di Ipoh tumpas dengan penangkapan tiga lelaki tempatan berusia antara 33 hingga 45 tahun.

Penahanan dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada Khamis dan Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, DCP Zulkafli Sariaat berkata, Sebuah rumah dipercayai jadi stor menyimpan dadah digempur.

Pemeriksaan di rumah tersebut menemukan 19.9 kilogram dadah jenis heroin dan ganja.

"Tindakan susulan ekoran tangkapan suspek pertama tadi, dua tangkapan susulan telah dibuat, tangkapan susulan pertama dibuat pada 8 november 2024 pada pukul lebih kurang 1.30 petang.

"Manakala tangkapan susulan kedua dibuat pada hari yang sama pada pukul lebih kurang 2 petang," katanya di sini hari ini.

Selain dadah, pihaknya turut menyita tiga kenderaan dan sejumlah barang kemas dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah lebih RM300.000.

Dadah yang dirampas disyaki untuk edaran pasaran tempatan dan dipercayai boleh digunakan lebih 26 ribu penagih.

Trainee