fb fb fb fb fb

Sindiket dadah RM3.5 juta tumpas di Johor Bahru

Foto Polis

JOHOR BAHRU, 14 Julai -Satu sindiket pengedaran dadah bernilai RM3.5 juta berjaya ditumpaskan susulan penahanan tiga individu dalam lima serbuan berasingan yang dilakukan pada 10 dan 11 Julai lalu di sekitar Johor Bahru.

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar memaklumkan, tangkapan membabitkan seorang lelaki tempatan dan dua wanita Vietnam berusia antara 32 hingga 39 tahun.

Beliau mendedahkan sindiket itu dipercayai aktif sejak April lalu dengan menjadikan bilik sewa dan kondominium berpagar sebagai tempat penyimpanan dan pembungkusan.

"Rampasan ganja kali ini merupakan bunga ganja, jika dahulu ganja mampat, sekarang ini bunga ganja yang mempunyai ketulinan lebih tinggi," katanya kepada media, di sini.

Dalam serbuan itu polis merampas dadah melibatkan ganja, serbuk ekstasi, ketamin dan erimin 5. Turut dirampas ialah peralatan memproses dan membungkus dadah," katanya.
 
Kes disiasat mengikut seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. Selain Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.
 

TETITIA YUSOFF