fb fb fb fb fb

Serbuan Imigresen: 115 warga asing dicekup

Penahanan 114 PATI hasil maklumat awam

KOTA BHARU, 6 Mei - Seramai 114 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh dan seorang lelaki warga India ditahan dalam serbuan di Loji Rawatan Air Chicha, semalam.

Operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan yang bermula pukul 2 petang itu dijalankan hasil maklumat awam.

Pengarah Imigresen Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan dalam satu kenyataan berkata , semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 55 tahun dan bekerja sebagai buruh.

Mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen, termasuk berada di negara ini tanpa pas atau permit sah.

Semua PATI dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD