fb fb fb fb fb

Lelaki miliki 14 rekod jenayah , rempuh 4 kenderaan di lebuh raya PLUS

MELAKA, 6 Mei - Gara-gara melarikan diri daripada pihak polis, seorang lelaki nekad merempuh tiga buah kereta dan lori di beberapa jalan utama sekitar Melaka serta Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dalam kejadian pukul 4.30 pagi tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar memaklumkan sebelum kejadian pihak polis yang melakukan rondaan sekitar kawasan Taman Teknologi Cheng menyedari sebuah kereta Toyota Hilux dalam keadaan mencurigakan.

Sebaik pihak polis melakukan pemeriksaan, suspek berusia 29 tahun bertindak memecut kenderaannyadan melarikan diri.

Suspek kemudian memandu menghala ke Johor Bahru melalui PLUS arah selatan sebelum memandu melawan arah arus ke Kuala Lumpur .

Hasil siasatan suspek berasal dari Teluk Intan, Perak dan mempunyai 14 rekod jenayah serta 6 rekod dadah lampau.

Polis turut menemui 44 batang wayar kabel di dalam kenderaan terbabit.

Polis sedang mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri ketika kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 kanun sama; Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN