fb fb fb fb fb

Kenderaan penculik Pamela Ling guna nombor pendaftaran palsu

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain/ Foto Bernama

ALOR SETAR, 6 Mei - Polis mengesahkan kenderaan yang disyaki digunakan dalam kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pengesahan itu berdasarkan rujukan yang diperolehi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Hasil rujukan buat masa ini dengan pihak JPJ, kenderaan-kenderaan tersebut menggunakan nombor plat palsu. Kita terpaksa teliti untuk mengenal pasti model kereta. Arahan telah diberikan untuk mengesan apa yang terdapat dalam rakakaman CCTV yang ada di situ," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau memaklumkan pihak polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur serta kawasan sempadan negeri Selangor bagi mengesan pergerakan kenderaan tersebut.

Setakat ini seramai 16 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk suami mangsa, bagi siasatan kes.

TETITIA YUSOFF