fb fb fb fb fb

Sembilan warga Indonesia ditahan di perairan Sungai Rengit

Foto Facebook Polis Johor

KOTA TINGGI, 13 Disember - Sembilan lelaki warga Indonesia ditahan di perairan Sungai Rengit, di sini ketika cuba keluar dari negara menuju Batam.

Ketua Polis Johor Datuk AB Rahaman Arsad dalam satu kenyataan memaklumkan mereka termasuk tiga tekong yang berusia antara 22 hingga 52 tahun ditahan pada Khamis lalu melalui Op Taring Gelora.

"Dua bot pancung kayu, sebuah bot fiber, dua enjin bot sangkut dan lain-lain dengan anggaran keseluruhan RM435,785 dirampas dalam operasi itu.

"Semua tangkapan dibawa ke Markas Taktikal Pasukan Polis Marin W2 Pengerang, Kota Tinggi, untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26 A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI