fb fb fb fb fb

Tempoh seminggu pihak pendakwaan teliti rayuan pembebasan Syed Saddiq

Panel tiga hakim turut mengarahkan pendakwaan mengemukakan hujahan bertulis tambahan / Foto RTM

PUTRAJAYA, 12 Disember - Mahkamah Persekutuan memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk menilai semula sama ada mahu meneruskan rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang mengetuai panel tiga hakim berkata, pihak pendakwaan perlu membuat keputusan jelas dan memaklumkan kepada mahkamah dalam tempoh tersebut.

Panel turut mengarahkan pendakwaan mengemukakan hujahan bertulis tambahan sebelum pihak pembelaan mengemukakan hujahan balas.

Ketiga-tiga panel hakim telah membaca hujahan pihak perayu dan responden, dan akan menulis penghakiman serta mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan hujahan bertulis tambahan dalam tempoh seminggu diikuti hujahan tambahan peguam.

Pada Jun lepas, Mahkamah Rayuan membebaskan Syed Saddiq selepas mengetepikan sabitan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.

Jabatan Peguam Negara kemudian memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Syed Saddiq sebelum ini didakwa bersubahat melakukan pecah amanah membabitkan RM1 juta dana Armada, menyalahgunakan RM120,000, serta melakukan pengubahan wang haram RM50,000.

FAUZIAH ABD RAHMAN