fb fb fb fb fb

Kes Durian Tunggal: Wanita dakwa suami ditembak rupanya kekasih

GAMBAR FAIL / RTM

AYER KEROH, 13 Disember - Wanita yang mendakwa suaminya ditembak polis di Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini, sebenarnya adalah kekasih kepada salah seorang penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, wanita itu bukanlah isteri sebenar, sebaliknya hanya menetap bersama di Durian Tunggal sejak tiga tahun lalu.

"Ya, memang salah seorang perempuan memang terdapat 10 rekod jenayah iaitu kes sejak 2012, kes curi kenderaan, kes samun, kes cubaan bunuh dan kes terbaharu kes samun pada 2025 bulan 7, ditangkap di Jasin.

"Pernah ditangkap pada 2025 bulan 7, 10 kes dan bapa kepada wanita itu juga mempunyai 24 kes," katanya di sini malam tadi.

Datuk Dzulkhairi turut mengesahkan, bapa wanita itu yang berusia 55 tahun masih dikehendaki polis untuk siasatan kes curi kenderaan dan curi dalam bangunan.

ARTIKEL BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM