fb fb fb fb fb

Seludup migran, warga Indonesia dipenjara dua tahun

Foto hiasan/RTM

KUALA LUMPUR, 7 November – Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Shah Alam selepas didapati bersalah menyeludup empat migran.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan dalam Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pangsapuri Mawar, Taman Putra Kajang pada 29 Ogos 2025, bersama empat migran terbabit di dalam sebuah rumah sewa.

Menurut kenyataan JIM, operasi berkenaan dijalankan oleh sepasukan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas bersama Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, susulan maklumat risikan mengenai kegiatan penyeludupan migran di kawasan tersebut.

JIM turut menegaskan, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu, sindiket atau majikan yang menggaji serta melindungi Pendatang Tanpa Izin (PTI), termasuk warganegara asing yang tinggal di Malaysia tanpa dokumen sah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN