fb fb fb fb fb

Lelaki maut ditembak di Stesen Minyak Petronas Klang Selatan

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan kes tembak dalam satu kenyataan/RTM

SHAH ALAM, 8 November – Seorang lelaki tempatan maut dalam satu kejadian tembakan di sebuah stesen minyak Petronas di Klang Selatan, malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata polis menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 11.13 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia sekitar 34 tahun dan tidak bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan mendapati suspek telah melepaskan beberapa das tembakan di bahagian hadapan sebuah kereta, dan peluru telah mengenai bahagian depan badan mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Polis kini sedang mengesan suspek terbabit.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, ASP Aminuddin Mahadi di talian 013-2104006, atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ