fb fb fb fb fb

Seludup beras dan minyak bernilai lebih RM40,000, dua lelaki ditahan - Polis

PASIR MAS, 14 Februari - Polis Kelantan berjaya menahan dua lelaki selepas dipercayai menyeludup beras dan minyak masak bersubsidi dengan nilai lebih 40,000 dalam serbuan berdekatan kedai runcit di Cherang Ruku, Pasir Puteh semalam.

Mereka termasuk seorang warganegara Thailand berusia 20-an dan lelaki tempatan 30-an itu ditahan menerusi Op Kontraban pada jam 2.30 petang oleh sepasukan anggota dari Cawangan (D9) Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.


(Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun)

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas 153 guni beras pelbagai jenama bernilai hampir RM23,000 dan 44 kotak minyak masak bersubsidi berjumlah RM1,785.

Katanya, sebelum serbuan, pihaknya telah membuat pemerhatian ke atas dua lelaki dalam keadaan mencurigakan yang sedang memunggah kotak disyaki mengandungi minyak masak dari sebuah kereta.

"Satu unit khas telah ditubuhkan PDRM Kelantan dibawah D9 kita telah membuat tangkapan membuat pemeriksaan di Cherang Ruku Pasir Puteh kita telah menagkap satu lelaki melayu dan warga Thailand," katanya pada sidang media selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Negara Bagi Perkhidmatan Di Bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PNBB) dan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Peringkat Kontijen Kelantan yang disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Zaini Jass.

Datuk Muhamad Zaki berkata, hasil risikan awal, suspek mengaku terbabit dalam urusan penyeludupan beras dan minyak masak bersubsidi.

Minyak masak berkenaan dibawa dari Besut, Terengganu untuk diseludup ke negara jiran kerana mendapat permintaan yang tinggi, manakala beras pula dibawa dari negara jiran menerusi pangkalan haram Jeram Perdah untuk pasaran tempatan.

Dua lelaki berkenaan dan beras serta minyak masak diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk siasatan mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan minyak masak mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Media Baharu