KELANTAN, 14 Februari - Sepanjang januari lalu Polis Kelantan berjaya menahan 1,625 orang atas pelbagai kesalahan narkotik dengan nilai rampasan lebih RM11.6 juta.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya juga merampas pelbagai jenis dadah termasuk pil kuda, heroin, syabu dan ubat batuk.
(Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, ketika sidang media di sini)
Katanya, tangkapan berkenaan membabitkan mereka berusia antara 15 hingga 50-an termasuk lima pelajar sekolah di bawah kesalahan termasuk mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, 39A (2), Seksyen 6, Seksyen 30 (3) dan Seksyen 12(2) ADB.
Pembabitan pelajar sekolah dalam jenayah itu perlu diberi perhatian bukan saja oleh PDRM dan untuk membendung masalah tersebut, pihaknya akan bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk agensi anti dadah kebangsaan (AADK).
"Saya menyeru kepada masyarakat untuk sama-sama membantu begitu juga agensi agensi lain dan alhamdullilah koloborasi bersama agengsi juga juga telah membuahkan banyak kejayaan dan saya harap masyarakat terutamanya berada di sempadan sama-sama kita menentukan penyeludupan dadah penyalahgunaan dadah dapat kita banteras dengan baik," katanya ketika demikian pada sidang media selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Negara Bagi Perkhidmatan Di Bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PNBB) dan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Peringkat Kontijen Kelantan hari ini.
Datuk Muhamad Zaki berkata, menangani masalah dadah adalah fokus utama Pihaknya dengan melaksanakan tindakan berterusan dan sedaya upaya untuk mengekang penyeludupan dan penyalahgunaan dadah di Kelantan.