KUALA TERENGGANU, 10 Mac-Seorang penjawat awam direman kerana disyaki menerima rasuah RM3,000 sebagai balasan mendaftarkan pusat jagaan milik sebuah syarikat di Terengganu.
Perintah reman selama lima hari itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Suspek lelaki berusia 30-an itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Julai hingga September 2023.
Suspek juga disyaki menerima suapan melalui transaksi pindahan ke akaun bank miliknya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beberapa buah pusat jagaan lain juga akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.