KUANTAN, 10 Mac- Seorang peniaga di Kuantan rugi sebanyak RM300,378 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.
Mangsa, seorang lelaki berusia 63 tahun berminat dengan pelaburan dijumpai di Facebook dan telah mendaftar akaun pengguna di pautan yang diberikan.
Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mangsa telah memasukkan wang pelaburan sebanyak 10 transaksi ke sembilan akaun berbeza bermula 25 November tahun lalu sehingga 5 Februari 2025.
Mangsa pernah mendapat pulangan sekali sahaja berjumlah RM20,698 pada 1 Januari 2025 dan masih membuat pelaburan apabila melihat wang bertambah.
Namun, selepas itu mangsa tidak dapat mengeluarkan wang pelaburan tersebut.
Mangsa mengsyaki ditipu apabila diminta memasukkan lagi wang pelaburan sekiranya mahu mengeluarkan keuntungan berkenaan.
Polis menasihati orang ramai agar membuat semakan sebelum membuat sebarang pelaburan dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Orang ramai juga dinasihatkan segera membuat semakan dengan pihak Polis atau agensi kerajaan berkenaan jika menerima panggilan yang meragukan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.