fb fb fb fb fb

Rampasan dadah RM1.38 juta, tiga tokan diberkas

Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan sitaan dianggarkan RM1.49 juta /Foto RTM

JOHOR BAHRU, 28 Oktober – Polis berjaya mematahkan sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.38 juta selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Tampoi, di sini, pada 22 Oktober lalu.

Kesemua yang diberkas berusia antara 27 hingga 42 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata, hasil pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai jenis dadah seberat 10.66 kilogram, termasuk ekstasi dan syabu.

Saringan mendapati ketiga-tiga suspek positif syabu dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurut ACP Balveer, modus operandi sindiket itu dikesan menjadikan rumah tersebut sebagai tempat pemprosesan ekstasi, sebelum diedarkan kepada pasaran tempatan yang juga dalam kalangan kenalan rapat suspek.

Dalam serbuan itu, tiga kenderaan bernilai RM113,400 turut disita, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1.49 juta.

Ketiga-tiga suspek kini direman sehingga esok, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN