fb fb fb fb fb

Mahkamah tolak reman jutawan hartanah, adik disyaki terlibat penipuan urus niaga tanah

Foto RTM

DUNGUN, 28 Oktober - Mahkamah Majistret Dungun menolak permohonan reman terhadap seorang usahawan hartanah bergelar 'Datuk' dan adiknya yang didakwa terlibat dalam kes penipuan jual beli tanah.

Majistret Amira Fatihah Osman membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam yang mewakili tertuduh berhubung permohonan reman yang dikemukakan oleh pihak polis.

Tertuduh, Datuk Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 38, dan adiknya, Mohd Mustakim Abdullah @ Ali, 31, sebelum ini telah didakwa melakukan penipuan urus niaga tanah melibatkan seorang pesara guru yang mendakwa kerugian RM35,000 pada tahun 2023

Peguamnya, Ahmad Adha Amir Yasser yang mewakili tertuduh berhujah bahawa anak guamnya pernah dipanggil pihak polis dan telah memberikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan kes yang sama.

Kedua dua tertuduh juga boleh dipanggil pihak berkuasa pada bila-bila masa dan mereka akan memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis bagi membantu melengkapkan kes siasatan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Trainee