fb fb fb fb fb

NSRC bertindak lebih segera, sekat scammer 'sedut' duit mangsa - PDRM

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Pusat Respons Scam Kebangsaan atau Nasional Scam Response Centre (NSRC) yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertujuan membantu mangsa penipuan siber daripada terus menanggung kerugian akibat pengeluaran wang tanpa sekatan.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, mangsa boleh menghubungi NSRC melalui talian 997 yang beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Noorsiah berkata, melalui panggilan itu, pihaknya akan bertindak segera dengan membekukan akaun bank mangsa bagi menyekat aktiviti pengeluaran wang yang dilakukan penjenayah siber.

"Mangsa penipuan juga perlu membuat laporan polis dan laporan kepada pihak bank berkaitan untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, NSRC merupakan insiatif bersama beberapa agensi kerajaan yang berkaitan dalam menangani kes jenayah siber dengan lebih berkensan dan bersepadu.

"PDRM ingin memaklumkan bahawa penubuhan NSRC sepertimana yang diumumkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 14 Oktober 2022 adalah bertujuan membantu mangsa penipuan siber agar bertindak segera daripada terus menangung kerugian akibat pengeluaran wang tanpa sekatan," katanya.

Dalam pada itu, Noorsiah mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dalam menyalurkan maklumat berkaitan perbankan peribadi kepada mana-mana pihak.

 (Foto hiasan)

Media Baharu