fb fb fb fb fb

Polis tahan lelaki dan wanita terlibat kes khianat api dan simbah cat

JOHOR BAHRU, 12 Januari - Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes khianat api dan simbah cat di sekitar Kulai, Selasa lepas, ditahan.

Ketua Polis Daerah Kulai Superitenden Tok Beng Yeow dalam kenyataan berkata suspek berusia lingkungan 25 hingga 43 tahun itu, ditahan dalam tiga serbuan berasingan di lokasi berbeza di Seri Alam dan Johor Bahru, sekitar pukul 9.00 pagi hingga 2.30 petang.

Dalam serbuan di premis kediaman dan tepi jalan tersebut, polis turut merampas sebuah motosikal dan beberapa peralatan yang digunakan bagi kegiatan khianat dengan api dan simbah cat.

"Soal siasat awal ke atas kesemua yang ditangkap mengakui telah mengambil upah membaling cat dan ‘molotov cocktail’ (bom petrol) di sekitar kawasan Kulai.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi menyiasat penglibatan mereka dalam lain-lain kes jenayah di dalam dan luar daerah Kulai," katanya.

Tok berkata kesemua mereka mengaku menerima upah sebanyak RM1,300 seorang untuk membaling cat di dua alamat serta membaling molotov cocktail di satu alamat.


(FOTO HIASAN)

Beliau berkata kesemua mereka tiada rekod jenayah dan kini direman enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama.

Media Baharu