fb fb fb fb fb

Pukul isteri hingga koma, hukuman tertuduh diketahui 25 Februari ini

Rosmaini Abd Raof, 42 tahun, memohon penggantungan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan Mahkamah Tinggi

JOHOR BAHRU, 7 Februari- Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh keputusan permohonan penangguhan hukuman penjara, terhadap seorang peniaga, yang mencederakan bekas isteri ketiganya hingga koma, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya dan Juanita Mohd Said, serta Peguam Kamal Hisyam Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin.

Tertuduh, Rosmaini Abd Raof, 42 tahun, memohon penggantungan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, peguam Kamal Hisyam Jaafar berhujah bahawa terdapat keadaan istimewa yang membolehkan perintah penangguhan hukuman diberikan kepada pemohon.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Juanita Mohd Said membantah hujahan tersebut.

9 Disember lalu, Rosmaini didapati bersalah mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 326A, atas perbuatan memukul dan mencederakan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI