fb fb fb fb fb

Polis tumpas sindiket penipuan pakej umrah

 (Suspek dikenali sebagai RMY ditahan di Bandung, Jawa Barat di Indonesia/
inilahkendari.com)

JAKARTA, 7 Januari- Indonesia berjaya menumpaskan aktiviti jenayah sebuah syarikat pengendalian umrah yang beroperasi secara haram sejak tahun 2014 di Bandung Barat.

Pengarah Unit Siasatan Jenayah Khas Polis Wilayah Jawa Barat, Arif Rachman berkata, syarikat pelancongan tanpa lesen itu telah memperdaya seramai 45 jemaah dengan anggaran jumlah kerugian RM1.29 juta.

Arif berkata, puluhan jemaah berkenaan juga berjaya berlepas ke Arab Saudi, namun terkandas setelah gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

"Seorang suspek lelaki dikenali sebagai RMY ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Jelas beliau, pendedahan itu dibuat setelah pihak berkuasa menerima banyak aduan daripada mangsa penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Pada Julai tahun lalu, kumpulan jemaah itu berlepas ke Makkah dengan beberapa penerbangan tetapi terkandas dan dihantar pulang.

Kebanyakan mangsa terpedaya dengan tawaran ziarah dan umrah furada (tanpa kuota) dengan kemudahan orang kenamaan orang kenamaan (VIP).

(Foto medcom.id)

Media Baharu