fb fb fb fb fb

Diesel bersubsidi dirampas dalam stor belakang rumah

(Foto KPDN)

PADANG BESAR, 7 Januari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menggempur sebuah rumah yang disyaki dijadikan stor penyimpanan bahan bakar bersubsidi diesel.

Operasi jam 10.00 pagi semalam dijalankan susulan daripada risikan anggota KPDN sejak dua minggu lalu.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Negeri, Mohamad Amir Abdullah, hasil pemeriksaan di kawasan kediaman itu mendapati terdapat sebuah stor penyimpanan diesel di belakang rumah tersebut.

"KPDN merampas cecair diesel dengan kapasiti 3,380 liter, tong dram, 'jerry can', 'intermediate bulk containers (IBC) tank' dan pam minyak bersama hos getah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM9,447.

"Seorang lelaki warga tempatan berusia lewat 20-an ditahan bagi membantu siasatan,"menurut kenyataan itu.

Pihak KPDN Perlis akan meneruskan pemantauan bagi memastikan tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan menjual diesel bersubsidi kepada kenderaan asing.

(Mohamad Amir berkata diesel bersubsidi dirampas dalam stor belakang rumah/KPDN)

Media Baharu