fb fb fb fb fb

Sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi guna lori tangki minyak sawit tumpas

(Foto KPDN)

IPOH, 6 Januari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi menggunakan lori tangki bekalan minyak sawit.

Kejayaan tersebut hasil serbuan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Silibin Ipoh kira-kira 1 tengah hari semalam melibatkan rampasan lebih RM700,000.

Pengarah KPDN Perak, Saifullizan Kamarul Zaman dalam satu kenyataan memaklumkan, lima pekerja ditahan dengan tiga daripadanya warga asing.

Hasil risikan mendapati, sindiket berkenaan menggunakan lori tangki bekalan minyak sawit untuk membawa minyak diesel.

"Pemeriksaan lanjut di premis mendapati terdapat sebanyak 6,490 liter cecair disyaki minyak diesel, empat kepala motolori dan beberapa peralatan lain digunakan bagi menjalankan kegiatan itu.

"Premis itu telah beroperasi selama sebulan dan tanpa lesen yang sah," kata Saifullizan.

Semua rangkaian sindiket, pemilik kenderaan, pemilik premis dan stesen minyak yang terbabit akan disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

(Saifullizan Sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi guna lori tangki minyak sawit
tumpas/KPDN)

Media Baharu