fb fb fb fb fb

Polis tumpas pengedaran dadah bernilai RM125,000

Foto fail

IPOH, 4 September -Polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah rumah kosong di Taman Rishah, di sini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin dalam kenyataan berkata, pemeriksaan menemui pelbagai jenis dadah seberat lebih dua kilogram bernilai kira-kira RM125,000.

"Hasil semakan mendapati suspek memiliki empat rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, namun ujian saringan air kencing didapati negatif," katanya.

Polis turut menyita sebuah kenderaan bernilai RM40,000 bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1998.

Jumlah keseluruhan rampasan dadah bersama harta disita dianggarkan bernilai RM165,000.

Suspek kini direman tujuh hari hingga 10 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

TETITIA YUSOFF