fb fb fb fb fb

Polis Terengganu rampas harta RM76.4 juta berkaitan dadah sepanjang 2024

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin / Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 18 Februari-Polis Terengganu berjaya menyita dan merampas harta bernilai RM76.4 juta melibatkan aktiviti pengedaran dadah menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu sepanjang tahun lalu.

Jumlah itu meningkat berbanding RM3.10 juta pada tahun 2023.  

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, seramai 11,893 penagih dadah berjaya di tangkap tahun lalu. 

Tangkapan turut melibatkan 56 pengedar dadah dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985 dalam tempoh sama. 

Penguatkuasaan akan dilakukan secara lebih agresif tahun ini iaitu tangkapan secara harian dengan sasaran 62 tangkapan sehari. 

"kita wujudkan pasukan petugas khas setiap IPD yang mana setiap hari mesti ada tangkapan, bukan setiap bulan,setiap hari mesti ada tangkapan.

"Kita juga peningkatkan pertuduhan 39C yang mana penagih telah berulang kita tuduh sekali lagi di mahkamah, penagih ini jatuh hukuman lebih tinggi", katanya demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Terengganu, di sini. 

Pada majlis ini, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 95 orang termasuk pegawai, anggota dan orang awam diatas jasa dan pengorbanan yang dicurah sepanjang tahun 2024.

Sementara itu, dalam tempoh Januari lalu, sebanyak RM3.2 juta rampasan harta berkaitan dadah direkodkan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD