
JOHOR BAHRU, 16 Julai – Seorang pemilik syarikat penghantar barangan didenda RM25,000 Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dan menyimpan minyak diesel bersubsidi tanpa kebenaran, empat tahun lalu.
- Menemui 30,972 liter diesel bersubsidi dalam sebuah motolori tangki dan 237 liter dalam tangki besi pada kenderaan pacuan empat roda.
- Kesalahan dilakukan di premis kediaman Kampung Sinaran Baru, Skudai pada 15 Ogos 2022.
- Pendakwaan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan hasil jualan RM74,901 dilucuthak kepada kerajaan.
Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Azizi Derani, 46 tahun selepas pengakuan dibuat.
Bapa kepada 12 orang anak itu didapati menyimpan minyak diesel bersubsidi sebanyak 30,972 liter di dalam sebuah motolori tangki serta 237 liter di dalam sebuah tangki besi pada sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Kesalahan dilakukan di sebuah premis kediaman di Kampung Sinaran Baru, Skudai pada 15 Ogos 2022.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama.
Mahkamah turut memerintahkan hasil jualan bahan terkawal itu berjumlah RM74,901 dilucuthak kepada kerajaan.