KULAI, 18 Ogos – Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di Kulai, Johor, pada pukul 5.10 petang semalam, selepas dipercayai terlibat dalam kes samun beg tangan di sebuah restoran, kira-kira pukul 7.35 pagi hari sama.
Ketua Polis Daerah Kulai, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Tan Seng Lee berkata, mangsa kehilangan beg tangan yang diletakkan di kerusi ketika kejadian.
Suspek kemudiannya menggunakan wang milik mangsa sebelum membakar beg tangan tersebut di kawasan kebun sawit.
Hasil saringan urin mendapati suspek positif dadah jenis Metamphetamine, selain mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis bersabit kes dadah.
Kes disiasat dmengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.