fb fb fb fb fb

Lemas di Sungai Dungun: Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan pagi ini

Foto / RTM

DUNGUN, 18 Ogos - Seorang murid lelaki berusia 12 tahun yang sebelum ini dlaporkan hilang ketika mandi di Sungai Kampung Delong, tiga hari lalu ditemukan lemas pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi berkata, mayat Nik Zarif Qausar Nik Sulaiman, ditemukan 8.24 pagi tadi pada jarak karak 700 meter dari lokasi kejadian.

"Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam hari ketiga operasi pencarian sejauh lima kilometer.

"Operasi pencarian mangsa disertai kira-kira 47 anggota daripada pelbagai agensi," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Superintenden Maizura berkata, faktor arus air yang tenang pada pagi ini menjadi faktor pada penemuan mayat mangsa.
 
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga.
 
Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat dan operasi berkenaan ditamatkan sepenuhnya pukul 10.00 pagi.

AHMAD ASHRAF BIN AB RAHMAN