KUCHING, 16 Disember - Seorang lelaki dari Kampung Bintawa, Kuching, Sarawak ditahan polis petang semalam, kerana memiliki dadah jenis metafetamin bernilai RM606.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, suspek yang berumur 41 tahun juga memiliki rekod jenayah lampau bersabit pemilikan dadah.
Hasil siasatan telah menjumpai dadah terbabit yang dibalut dalam plastik lutsinar seberat 5.51 gram.
ACP Alexson menjelaskan kes itu dalam satu kenyataan media di Kuching.
Kes disiasat di bawah seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun.
Suspek akan direman selama empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.