fb fb fb fb fb

Polis tahan lelaki disyaki penjaga rumah penampungan bersama 12 warga asing

FOTO POLIS KOTA TINGGI

JOHOR BAHRU, 9 Disember- Polis Kota Tinggi mengesahkan penahanan seorang lelaki yang disyaki berperanan sebagai penjaga rumah penampungan bersama 12 migran di sebuah rumah di Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hussin Zamora menerusi satu kenyataan memaklumkan suspek yang berusia 39 tahun ditahan bersama 10 lelaki dan dua wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun dalam serbuan pada 1.30 pagi.

"Hasil soal siasat mendapati lelaki tempatan berkenaan disyaki menyediakan tempat sebagai transit untuk migran sebelum pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak diwartakan dengan bayaran antara RM2,800 hingga RM3,000 bagi setiap migran kepada tekong," katanya.

Beliau berkata suspek dan kesemua warga asing akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Penyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Hussin turut memberi amaran keras dan berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE