BUKIT KAYU HITAM, 26 Oktober – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan membawa masuk biji kopi tanpa permit sah di kawasan sempadan Malaysia–Thailand, di sini.
Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, SAC Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, kejayaan itu hasil tindakan pantas sepasukan pegawai agensi berkenaan yang menahan sebuah kenderaan mencurigakan di kawasan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan menemui 60 kilogram biji kopi disembunyikan di bahagian belakang kenderaan terbabit tanpa sebarang dokumen kebenaran import yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1,600.
Mohd Nasaruddin berkata, kejayaan itu membuktikan komitmen berterusan AKPS dalam memastikan kawalan dan keselamatan sempadan negara sentiasa terpelihara daripada sebarang aktiviti penyeludupan.