fb fb fb fb fb

Suami isteri warga emas maut dibunuh anak sendiri

Kenderaan polis membawa mayat mangsa meninggalkan lokasi kejadian

Kuala Lumpur, 9 Disember- Polis mengesahkan kejadian sepasang suami isteri ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, suspek adalah anak kepada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek ditahan di lokasi kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun berkenaan ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Katanya, menurut saksi, sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara pasangan itu dan anak lelaki mereka berusia 42 tahun yang dipercayai penagih dadah.

"Dalam pergaduhan itu, suspek dikatakan mengambil senjata tajam sebelum menikam kedua ibu bapa menyebabkan mengalami kecederaan parah,"katanya.

Saksi yang menyedari kejadian segera menghubungi polis untuk bantuan.

Bagaimanapun, sebaik pasukan polis tiba, kedua-dua mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE