fb fb fb fb fb

Polis tahan lebih 350 penunggang motosikal di Seberang Jaya, kesalahan trafik

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin

SEBERANG JAYA, 16 November- Lebih 350 penunggang motosikal ditahan dalam satu serbuan di lebuh raya Seberang Jaya, Pulau Pinang, malam tadi.

Operasi yang bermula pada pukul 11.00 malam itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dan Pulau Pinang.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya telah mengeluarkan lebih 250 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

"Operasi ini bukanlah kali pertama dijalankan, dan lokasi tersebut juga tidak asing bagi mereka yang terlibat. Malah, sebahagian daripada mereka telah ditahan dua atau tiga kali sebelum ini, namun masih kekal berada di lokasi yang sama dan meneruskan aktiviti yang serupa.

Keadaan ini seolah-olah mencabar pihak penguatkuasa undang-undang dan menunjukkan sikap tidak menghargai nyawa sendiri. Lebih mendukacitakan, kami mendapati remaja seawal usia 15 tahun turut terlibat dalam aktiviti ini," kata DCP Mohd Rozi kepada pemberita di Balai Polis Seberang Jaya, hari ini.

Kesemua yang  ditahan terpaksa menolak motosikal sejauh 1.5 kilometer untuk menjalani tindakan lanjut termasuk saringan kesalahan serta ujian air kencing.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM