fb fb fb fb fb

Polis selesai panggil 14 individu, rakam keterangan kes pedofilia

Foto Hiasan

GUA MUSANG, 28 April - 14 individu selesai memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di Tumpat.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua mereka dipanggil untuk rakaman keterangan, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata polis juga telah mengenal pasti penulis yang memuat naik hantaran di laman sosial berkait dakwaan berlakunya kes itu.

"Kami masih lagi menunggu laporan perubatan ke atas mangsa kerana dia pernah belajar di MRSM berkenaan dan kertas siasatan akan dihantar kepada pendakwa raya untuk mendapat nasihat," katanya kepada kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, di sini malam tadi.

Sebelum ini, polis memberi jaminan siasatan kes seorang guru MRSM Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang murid lelaki akan selesai dalam tempoh sebulan.

TETITIA YUSOFF