fb fb fb fb fb

Polis selamatkan tiga warga asing dikurung di pangsapuri

Kesemua mangsa berusia antara 28 hingga 52 tahun dipercayai dikurung tanpa kerelaan mereka

GEORGE TOWN, 11 Jun – Polis berjaya menyelamatkan tiga lelaki warga asing yang dipercayai dikurung dalam sebuah unit pangsapuri dalam satu serbuan yang dijalankan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, kesemua mangsa berusia antara 28 hingga 52 tahun dipercayai dikurung tanpa kerelaan mereka.

“Serbuan dilakukan kira-kira pukul 2 petang, hasil maklumat dan laporan polis yang dibuat oleh salah seorang rakan kepada mangsa.

“Dalam serbuan tersebut, empat individu termasuk seorang wanita warga asing turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mereka direman selama empat hari hingga 14 Jun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 344 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan salah.

GRACE AISYAH KEDAYAN