KUALA LUMPUR, 11 Jun - Lima lelaki tempatan berusia antara 19 hingga 27 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan semasa perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid, dalam satu kenyataan memaklumkan tangkapan dibuat pada pukul 11.50 malam.

Kenyataan media IPD Cheras
Menurutnya, tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di kawasan tempat letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Beliau berkata, kesemua yang ditahan direman sehari dan kes disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menghubungi IPD Cheras di talian 03-9284 5050/5051 atau mana-mana balai polis berdekatan.