fb fb fb fb fb

Polis Sarawak lupus barang kes dadah bernilai RM1.47 juta

FOTO RTM

KUCHING, 23 September - Polis Kontinjen Sarawak melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) melupuskan barang kes dadah dan racun bernilai RM1.47 juta yang melibatkan 11,004 kes dari 23 daerah seluruh negeri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Macha Ata dalam kenyataan memaklumkan, semua kes berkenaan melibatkan siasatan dan perbicaraan mahkamah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952, bermula tahun 2017 hingga 2024.

Antara barang kes yang dilupuskan ialah serbuk ekstasi, syabu, ganja, pil Erimin 5, pil Nospan, ketamin, pil ekstasi, air ketum serta botol urin.

Pelupusan dilakukan menggunakan kaedah loji rawatan termal di Kuching Integrated Waste Management Park di bawah kendalian Trienekens Sarawak Sdn Bhd.

Proses pelupusan dibuat mengikut peruntukan Seksyen 406A dan 407 Kanun Prosedur Jenayah, dan disaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE