fb fb fb fb fb

Cecair dadah lebih berbahaya cuba diseludup masuk - PDRM

Foto RTM

SHAH ALAM, 23 September - Cubaan sindiket antarabangsa menyeludup masuk cecair fentanil bernilai RM30.7 juta ke Malaysia berjaya dipatahkan Polis menerusi 'Op Black Ash'.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Penahanan tiga individu termasuk dua warganegara asing dalam Operasi di Negeri Sembilan dan Melaka pada 19 Ogos lalu membawa kepada penemuan 961.8 kilogram (kg) fentanil.

Katanya, dadah sintetik itu dipercayai dibawa masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Klang menggunakan penghantaran kargo yang diisytiharkan palsu sebelum diedarkan kepada rangkaian tempatan.

"Kalau kita lihat dadah jenis fentanyl ni, dadah ini yang membunuh lebih daripada 67 peratus overdose di negara-negara barat.

"Jadi satu dadah yang saya boleh kata 100 kali lebih kuat daripada dadah yang ada di pasaran sekarang dan ini adalah cubaan membawa masuk dadah yang lebih kuat dan saya percaya dadah ini akan dicampur dalam vape untuk pasaran di Malaysia dan juga untuk di eksport ke negara yang berhampiran malaysia", katanya dalam Sidang Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Selain Fentanil, JSJN juga berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 75 kg pelbagai jenis dadah bernilai RM2.7 juta menerusi 'OP Black Wood' dipercayai sindiket antarabangsa yang sama.

Katanya, empat lagi operasi turut dijalankan bagi menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah berbahaya lain iaitu Op Ceylon, Op Blackbutt, Op Black Birch dan Op Cengal.

Secara keseluruhan JSJN berjaya merampas lebih 1.7 tan pelbagai jenis dadah bernilai RM54.18 juta menerusi enam operasi yang dilaksana antara Ogos hingga September tahun ini.

Ia hasil risikan berterusan JSJN bersama kontinjen negeri serta kerjasama orang awam.

Trainee