fb fb fb fb fb

Polis sahkan terima laporan Ahli Parlimen Seputeh diugut

Polis mengesahkan menerima laporan daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berhubung sepucuk surat amaran dan ugutan yang diterimanya pada Sabtu / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Mei - Polis mengesahkan menerima laporan daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berhubung sepucuk surat amaran dan ugutan yang diterimanya pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata siasatan awal mendapati, sampul surat yang dikirim kepada Ahli Parlimen itu mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan dua butir peluru.

“Kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis memandang serius perkara ini, serta menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, kerana menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi talian Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN