fb fb fb fb fb

Polis percubaan minta rasuah RM2,000 direman 3 hari

Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi semalam

SUNGAI PETANI, 11 Julai - Seorang pegawai polis percubaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM2,000 daripada seorang tahanan sebagai balasan untuk dilepaskan daripada jaminan polis.

Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi semalam di balai tempat dia bertugas.

Perintah reman selama tiga hari sehingga Sabtu ini (12 Julai) dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, pagi semalam.

Menurut sumber, perbuatan itu dipercayai berlaku sekitar Jun lalu dan bayaran tersebut sebenarnya tidak diperlukan bagi proses jaminan.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong mengesahkan penahanan suspek dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

GRACE AISYAH KEDAYAN