fb fb fb fb fb

Polis Perak lanjutkan tempoh reman dua beradik terlibat kes dadah

IPOH, 16 Januari- Reman ke atas dua beradik lelaki yang ditahan ketika sedang asyik memproses dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampar minggu lepas, dilanjutkan empat hari lagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata reman kedua-dua suspek disambung sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

9 Januari lalu, kedua-dua suspek berusia 44 dan 45 tahun itu ditahan ketika sedang leka memasak dan memproses dadah dalam serbuan.

Turut dirampas pelbagai jenis dadah antaranya syabu dan heroin bernilai lebih RM665,000.

Serbuan dibuat hasil risikan pihak polis dan maklumat orang awam.

Siasatan mendapati rumah tersebut dijadikan makmal memproses dadah sejak Disember lepas untuk kegunaan pasaran tempatan.


(Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menunjukkan barang rampasan
kes terbabit kepada pemberita yang hadir dalam sidang media, hari ini)

 

Media Baharu