fb fb fb fb fb

Polis nafi kejadian culik murid sekolah di Limbang

FOTO HIASAN

LIMBANG, 17 Oktober - Polis menafikan berlakunya kejadian culik di sebuah sekolah rendah di sini seperti yang tular di media sosial.

"Maklumat yang tular di media sosial berkenaan satu percubaan culik seorang murid di sebuah sekolah rendah di sini adalah palsu," kata Ketua Polis Daerah Limbang Supt Parum Niot dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dalam spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat dan memaklumkan bahawa polis telah memperkukuh pemantauan keselamatan di semua kawasan sekolah.

Parum berkata tindakan tegas boleh diambil di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya selain tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya, atas kesalahan menyebarkan maklumat palsu.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE