fb fb fb fb fb

Polis marin tumpas seludup rokok hampir bernilai RM1.7 juta

IPOH, 20 Februari - Polis marin merampas sebanyak 11,590 karton pelbagai jenis rokok yang disyaki diseludup tanpa cukai kastam menerusi serbuan di empat buah rumah di sekitar Sitiawan dan Ayer Tawar, Manjung pada Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, rampasan tersebut bernilai kira-kira RM1.7 juta dalam serbuan antara pukul 1 tengah hari hingga 4 petang.

"Kesemua bekalan rokok ditemukan di lantai ruang tamu rumah berkenaan dan tidak berpenghuni sewaktu serbuan dilakukan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Beliau turut memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan rokok untuk menghubungi balai polis berhampiran.

pdrm

Media Baharu