fb fb fb fb fb

Sarjan maut dengan tiga kesan tembakan di belakang balai polis

GEORGE TOWN, 20 Februari - Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemukan maut selepas disyaki menembak diri sendiri dengan tiga kesan tembakan dalam kejadian di Balai Polis Bayan Lepas, dekat sini, petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, dalam kejadian pada pukul 3.30 petang, anggota berusia 51 tahun itu ditemukan meninggal dunia dan mempunyai kesan tembakan pada leher, dada dan kepala.

“Si mati merupakan anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bayan Lepas. Pihak polis turut menemui sepucuk pistol berada bersama si mati.

“Kes masih dalam siasatan dan pihak polis menasihati agar orang awam tidak menyebarkan sebarang spekulasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bedah siasat ke atas mayat mangsa yang berasal dari Sarawak itu akan dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

tembak
(Mayat lelaki berusia 51 tahun yang bertugas di Balai Polis Bayan Lepas, ditemui kira kira jam 3.30 petang Ahad/FOTO PDRM)

Media Baharu