JOHOR BAHRU, 2 Oktober- Polis mengesan taktik terbaharu sindiket penipuan dalam talian menggunakan emel bagi memperdaya mangsa untuk membuat bayaran.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata sindiket telah memperdaya beberapa syarikat dengan menghantar emel lalu mengarahkan mangsa membuat bayaran ke akaun lain.
"Saya pun pernah dihubungi, dia tahu nombor telefon saya, dia tahu alamat saya berada di mana, dia tahu.
Cuma, peliknya dia pula yang sambungkan panggilan kepada pegawai penyiasat. Sepatutnya kita yang minta untuk talian itu untuk disambungkan bukannya dia," kata Kamarul kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Polis Johor di Ibu Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini.
Setelah syarikat membuat pembayaran, sindiket berjaya memintas emel pihak kedua, lalu menghantar emel baharu dan mengarahkan mangsa membuat pembayaran ke akaun lain.