JOHOR BAHRU, 14 Januari- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Pengerang, merampas 192,000 batang rokok, dan 216 liter minuman keras, dipercayai untuk diseludup di Pasir Gudang, Johor Bahru pukul 9:30 malam tadi.
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia, kesemua barangan bernilai RM186,033 itu dijumpai di belakang sebuah premis kedai di Jalan Cendana Tiga, Taman Cendana.
Suspek terlibat, bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Siasatan awal mendapati rokok dan arak tidak bercukai itu, akan dipasarkan ke sekitar Pasir Gudang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135 ( 1 ) ( D ) Akta Kastam 1967.