fb fb fb fb fb

PGA Sibu rampas 154 batang kayu balak, enam lelaki ditangkap

Foto PGA Sarawak

KUCHING, 14 Januari- Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu merampas 154 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz di sebuah lokasi yang disyaki dijadikan tempat pembalakan haram di Daerah Julau, semalam.

Komander Briged Sarawak PGA SAC Dr. Che Ghazali Che Awang dalam satu kenyataan memaklumkan, menerusi Op Taring Libas keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM3.312 juta.

"Turut dirampas dua unit gergaji, tiga buah jentolak pelbagai jenis dan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda turut dirampas.

"Seramai enam lelaki berumur 34 hingga 59 tahun, termasuk seorang warga asing ditahan dalam operasi tersebut," menurut kenyataan itu.

Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Hutan Cawangan Sarikei untuk tindakan dan siasatan lanjut bawah Ordinan Jabatan Hutan Sarawak 2016.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa PGA Sarawak mencatat kejayaan rampasan bernilai RM48.8 juta menerusi 12 kes menerusi Op Taring, dalam tempoh 13 hari pertama tahun ini.

Selain itu, 34 individu termasuk lima daripada warga asing ditangkap, dan 13 buah kenderaan pelbagai jenis dirampas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI