fb fb fb fb fb

Polis Marin rampas 700 karton rokok pelbagai jenis di Pontian

Bungkusan rokok pelbagai jenis yang dijumpai di dalam sebuah kereta

PONTIAN, 25 September - Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor, merampas 700 karton pelbagai jenis rokok tidak berkastam, di Ayer Baloi, di sini, pada pukul empat pagi semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, sebuah bot dan enjin turut dirampas, dengan jumlah keseluruhan rampasan RM285,000 ringgit.

Rampasan dibuat susulan intipan yang dijalankan di sebuah jeti tidak diwartakan, berhampiran Sungai Sanglang.

Pemeriksaan menjumpai bungkusan mengandungi rokok berkenaan, di tepi jeti tersebut, serta di dalam sebuah kereta.

Tiga lelaki berusia antara 19 hingga 69 tahun turut ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967.

AHMAD ASHRAF BIN AB RAHMAN